-->
 ♥~✿ κιƨαн Ɖι βℓσɢ Ǥα∂ιƨ Ɩиι ✿~♥

Rainbow =)

~*ASSALAMUALAIKUM :) Hye Pelawat Blog yang dikasihi sekalian, keep enjoy reading "MyDiariesOnline" Terima Kasih ;)*~

Alaaa, nak tekan pun malu-malu erk .. ;)

"Lulla Novella Disini !"

  • HOME :)
  • AMARAN utk SIGADIS !!!
  • Petua Tok Nenek Kita =D
  • TUTORIAL BERGUNA =)

Monday, 31 December 2012

New Year Giveaway by Sheera Aya




Aini telah di"tag" oleh Atifah about Giveaway oleh Sheera Aya sempena tahun baru yang akan menjelang tiba tak berapa jam sajew lagi. Ok sila countdown skg :) Memandangkan aini pun dah lama tak join giveaway-giveaway nie, terbit rase rindu. 


Oh My Dear yg ade rase-rase rajin nak join,
silalah tekan banner yg meriah kt atas okey :)

Ouh iyea, ade 6 syarat yg perlu u alls ikut taw kalau nak join giveaway nie.
Antaranye;
  • U alls mesti follow blog another pocket-story supaya u alls sentiasa dapat update dari Sheera Aya (owner blog)
  • U alls wajib FOLLOW blog sponsor iaitu Mira Kawaii Shop & jangan lupa LIKE FANPAGE nya sekali --> Mira Kawaii Shop (kena hargai sponsor juge taw!)
  • U alls mesti buat 1 entry yg bertajuk "New Year Giveaway by Sheera Aya"
  • U alls kena masukkan banner giveaway yg meriah tuw dalam entry u alls tuw okey! Jangan lupa backlink kat entry penganjur. (kalau tak pengajur xdapat detect u alls)
  • U alls mesti tag 3 orang blogger lain. Sesiapa ajew ikut citarasa u alls. (pastikan blogger yg u alls tag tu tahu yg mereka telah di*tag*)
  • U alls mesti letak LINK ENTRY & FB ID u alls di comment box entry penganjur okey. ?(seriously do checking condition No.2)
Hadiah yg bakal dimenangi oleh kita, kita semua (bukanlah semua yea, yg bertuah sajew! melampau kalau semua youw) adalah berdasarkan pemilihan;

  • Top-referral
  • Cabutan Bertuah yg di*cabut* secara random. (3 org ajew!)
  • Entry ter*AWESOME* Ohsem!!! (bukan oh hensem)
  • Entry tag ter*BANYAK*
  • Entry komen ter*BANYAK* (termasuk komen reply owner)
Jauhnya perjalanan Giveaway nie adalah selama tak sampai 1bulan.
(24 DEC 2012 - 13 JAN 2013) OK! SILA TERBURU-BURU JOIN CEPAT..!!! 

Senarai hadiah & senarai peserta; (akan diupdate dari semasa ke semasa)

+ BONUS; 10 peserta terawal akan dibloglist selama 1 tahun. (Bloglist mula selepas tamat GA)

==> AMARAN DARI PENGANJUR;  U alls yg join GA nie haruslah bersikap jujur! Kalau dah syarat yg telah ditetapkan oleh penganjur yg meminta u alls FOLLOW & LIKE FANPAGE blog sponsor silalah lakukannya dengan kadar segera jika u alls berminat nak join. Kalau ade hati nak join tapi taknak ikut syarat2 nya silalah simpan hasrat u alls tu dan pergi main jauh2 naa.. (tokok + pula yerw, hehe. sorry Sheera Aya) Tapi, kalau u alls taknak join tapi teringin sangat nak follow n like fanpage sponsor, haa yg itu amatlah dialu-alukan :) Ehem-ehem,, mane tahu dapat hadiah free.. Feewwiit!!

Aini tag

  1. http://www.amalinalee.my/
  2. http://girlpopsweet.blogspot.com/
  3. http://www.faqihahhusni.com/


~~> By the way, BEST OF LUCK!!! pada semua peserta yg joined GA by Sheera Aya nie :)  






Posted by Unknown at 04:52 14 yg ikhlas komen =)

Apa yang perlu kita AMALKAN???


Ok, pagi semalam aini post entry tentang penyebab-penyebab kita mudah lupa & hilang ingatan. Dan seperti yg aini janjikan semalam, entry yg nie adalah tentang " apa yg perlu kita amalkan" setelah banyak benda yg perlu @ harus kita elakkan.

Antaranya adalah;

  1. SELALU makan buah manisan (kurma, kismis, dll)
  2. SELALU makan makanan yg panas-panas
  3. SELALU makan kekacang (soya,badam, dll)
  4. SELALU minum air masak
  5. SELALU makan ulam-ulaman
  6. SELALU tengok pemandangan hijau
  7. SELALU bersenam
  8. SELALU menggunakan imaginasi otak
  9. BANYAKKAN memakan makanan yg berasaskan gandum/soya
  10. BANYAKKAN aktiviti berkhemah dihutan/pantai (yg ada pokok-pokok)
  11. JANGAN bersikap ego
  12. JANGAN ada perasaan hasad dengki pada orang lain
  13. JANGAN makan dari sumber yg tidak halal
  14. JANGAN beri anak makan dari sumber yg tidak halal
  15. JANGAN makan makanan yg ada bahan pewarna (kalau boleh sila kurangkan)
  16. JANGAN makan makanan yg ada pengawet
  17. JANGAN menggunakan minyak masak lebih daripada 2kali
  18. JANGAN mandi selepas 9p.m (malam)
  19. SEELOKNYA mandi pagi sebelum subuh

OK, itu sajew yg dapat aini kongsikan pada awak, awak, dan awak semua :) InsyaALLAH next entry aini post *something new*.. Oh ya, btw Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!!! 

p/s; Jangan theronok beronok onok sangat sambut tahun baru yerw, countdown! countdown juge, tapi lebih baik kita buat solah hajat, baca surah yassin, baca doa awal tahun. Semoga Tahun 2013 yg akan cecah tak kurang berapa jam sajew lagi, akan memberi impak yg lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelum nie. 

GOODBYE 2012...!!! 
WELCOME 2012...!!!






Posted by Unknown at 01:07 0 yg ikhlas komen =)

Sunday, 30 December 2012

Ape penyebab kita mudah lupa & hilang ingatan???




Haii mereka-mereka yg dikasihi sekalian, nak tahu tak penyebab kita hilang ingatan dan tumpul minda? Banyak penyebabnya yg kita sendiri tidak sangka tapi ia dekat dengan kita.. Dan perkara yg harus kita elakkan antaranya ialah;


  1. KURANGKAN makan bawang besar
  2. KURANGKAN makanan berempah
  3. KURANGKAN makan ketumbar kering
  4. KURANGKAN menonton hiburan
  5. KURANGKAN membaca majalah hiburan
  6. KURANGKAN ketawa yg panjang @ terbahak-bahak
  7. KURANGKAN minum air batu, air dlm tin, 100plus & minuman bergas (dll)
  8. KURANGKAN makan organ dalaman ayam (terutamanya kanak2)
  9. JANGAN makan kepala ikan
  10. JANGAN minum air yg ada semut
  11. JANGAN tidur selepas subuh
  12. JANGAN tidur selepas asar
  13. JANGAN tidur selepas makan
  14. JANGAN makan terlalu kenyang
  15. JANGAN ambil makanan berat selepas 9 p.m keatas 
  16. JANGAN menyapu rumah pada waktu malam (sila tahan tahap k'rajinan anda) 
  17. JANGAN makan makanan yg masam secara berlebihan (sikit-sikit boleh la)
  18. JANGAN makan campur makanan darat @ laut dalam 1 hidangan
  19. JANGAN minum susu selepas makan daging @ ayam
~> Banyakkan antara penyebabnya,. Bila dah tahu nie, insyaALLAH lebih berwaspada & berhati-hati. Patut lerww bace aje note, dah sampai note yg t'akhir, waah note yg depan suda lupa. Ini semua angkara ketaksuban dgn benda-benda diatas. Oh sadis!

p/s; Next entry aini akan update pula tentang ape yg perlu kita AMALKAN setelah banyak benda yg perlu kita ELAKKAN. Ok, selamat malam :)



Posted by Unknown at 08:20 4 yg ikhlas komen =)

Thursday, 27 December 2012

cara buat "BLUBERRY CHEESE TART"


Assalamualaikum...?

Pernah makan bluberry cheese tart @ bluberry cistat? Sedap hingga tak cukup jari nak jilat taw! 1st time aini rasa hari tu mase g "holy moly" kt Sg. Lobo Hulu Langat. Akak sedara aini buat. Ermm.. Dok ulang makan yg tu je laa.. Rasanya aini paling banyak makan tart tuw.! Gyler rakus. Kih3.


Itulah "bluberry cheese tart". 
Bluberry tu dye punya filling ok :)


Sediakan dulu bahan2 utk buat Shell atau crust dia dulu. Seperti dibawah;


Ini lah shell @ crust :)

 Bahan-bahan;
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising                                       
  • 1 biji telur Gred C (kalau guna telur gred B, buang sikit putih telur, utk elak crust jadi keras)
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart

Cara-cara; 
  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. (macam kat atas nie)
  • Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 
  • Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Sediakan filling yg kita suka. Tak kisah ape-ape aje;
  • Blueberry
  • Strawberry 
  • Coklat
  • Jem nenas

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. (macam gambar dibawah)


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita.
Dah siap, ketepikan.

Sediakan bahan-bahan utk buat cheese pula. Cheese yg dimaksudkan ialah yg warna putih tu pada bluberry cheese tart tuw okey. Sedap tuw!

Bahan-bahan;
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. 
  2. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  5. Dah siap,masukkan filling ke dalam kulit tart. 
  6. Gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. 
  7. Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. 
  8. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. (tengok gambar dibawah)


Proses tuk melorek atas cheese tart;
  1. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. 
  2. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. 
  3. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. 
  4. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia mula mengering.

Cara-cara nak lorek;

  1. Gunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tuw ikut citarasa sendiri lah, lagi banyak lagi cantik.
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut. (macam gambar dibawah)



Kalau dah siap, bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

p/s; Simpan cheese tart dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama. SELAMAT MENCUBA :)  

credit to; masam manis :)




Posted by Unknown at 20:15 0 yg ikhlas komen =)

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

                                                        

Assalamualaikum... =)
                                     
Hai u alls :) Cepat! Cepat! Rebat menanti anda. Yang rasa diri tu muda, remaja, dan agak-agak umur di p'tengahan, jangan lepaskan peluang okey. U alls tengok tak bajet 2013?


Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (smartphone) untuk 1.5 juta Belia!!!

Ini bukanlah iklan semata-mata dan bukan juga statement tak tentu hala. Serius ok. Siapa yang tengok pembentangan bajet 2013 pasti tahu. Aini tak tengok pun, jeling-jeling je. Kalau tengok confirm lena! Woow, takut tergoda kat PM. Uhuk3. ;P


Tak jelas kan? Ok tak ape!
Meyh baca nota kaki dibawah :)


Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia
  1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah,
  3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500,
  4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ.


Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia :

=>  www.skmm.gov.my

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia : Tempoh Sah Memohon

Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013

p/s; So ade mase lagi 1 tahun. Tapi lebih baik mohon cepat, mana tahu akan datang anda terlupa. Cepat mohon cepat la dapat :) Aini pun nak mohon! 




Posted by Unknown at 08:23 2 yg ikhlas komen =)

Wednesday, 26 December 2012

Sambut Krismas!! Best =)

              Assalamualaikum....                                    


http://www.emocutez.com   Peace! No war :) Hehe. Tengok tajuk entry macam over pulak yerw. Sambut krismas bagai! Huuh. Tajuk biar gempak. Haha. :D Eyh betul ape, semalam aini sambut krismas. Tapi jgn la salah sangka, aini sambut sempena cuti krismas :) Kan semalam cuti. Public Holiday u alls. Rugi tak ambil kesempatan. kah! Kah! Kah! (erk! gelak jahat)

http://www.emocutez.com   (25/12/12)  Erm okey aini nak pot pet pot pet macam emoticon kt <----- Cerita cuti semalam aini & family, abg ipar serta akak sedara ber"holi" ke Sg. Lobo Hulu Langat. Weyh best giler kowt. Nak ke Sg. Congkak agak ramai manusia-manusia disana. Kelihatan rimas sekali youw!. -_-"  Oh mula la dtg sakit pale kuw. ~_+ Sg. Lobo! Pernah dengar? Tak kan. Aini pn 1st time dengar nie. Agak janggal d p'dengaran, tapi ia kenyataan :) Kalian semua hrus percaya deyh. (mula dtg sengal2 endon) Huk3. Aini nak promote sikit la, moh ler ber"holi moli" di sana. Area Hulu Langat ok.



http://www.emocutez.com   Ok! Semakin excited gyler nak cerita. Kalau tak nak baca tak hape, aini nak syiok sendiri ajerw. Sesampai je di destinasi terbaek kami, ape lagi excited kua camera nak snap gambar. Pemandangan cantek! Speechless! :| Kami pun mula lah bekerja tuk menghidupkan bara api. BBQ disiang hari youw! Keh3. Tengok mereka-mereka yg tidak dikenali bermandi-manda woOw teruja gyler. Tapi.., Tak bawak baju spare tuk mandi, ok pendamkan sajew hasrat hati! Ok lah malas nak cerita dengan lebih lanjut, tengok jew la gambar-gambar semalam. Yuk! Yuk! ;) 


Lokasi; Air terjun Sg. Lobo
Suasana; Di awal waktu, air tenang lagi...


Muka over excited youw..!
Saje jerw bulatkan mato ghope tuw,.
tak sabar nak bakar BBQ! Hoho ~_^


Mak & Abah :) "So Sweet"
Suasana; Perut tengah berkerongcong, 
al-maklum belum lunch lagi..


Menu; Bihun goreng, karipap, kuih puteri ayu, tart blueberry
dan juga BBQ youw! ;)


Sesi membakar BBQ. 
1st worker; Mak & Nurul


2nd worker; Kakyong & Nurul 
p/s; tara api pouwn... =]


3rd worker; Hoho.! Muka yg "excited nak bako BBQ, 
taraa nampak excited pouwn kan? 
Eyh! Eyh! Yg sebelah tuw kipas asap ke kipas diri tuw.. 
Sila jangan curi tulang! ishh3 -_=



Keadaan sekitar "holi moli"...
Kelihatannya semua mereka2 seperti kelaparan deyh...
Yuk! Makan-makan...


Yaaahh!! BBQ sedang hangat dipanggang youw! 
Percubaan 1st hangit bingit..Huhu.
Nie da okey :) Nyum! Nyum!


Kakyong (my sys) & Abg Khalil (abg ipar).
Pengatin baru nie.. Inai masih dijari. 
Pengantin baru kena buat keje lebih cikit yerw,.  


Peace! Kak Ida & Nurul.. :D 
Tengok mereka maen ayor t'gugat teman... ;]


Okey, seluar basah sampai ke paras lutut.
Akibat daripada sibuk snap-snap gambor2 mereka semua, 
Makin terasa berat melangkah..


Peace tuk kami pula :) Hehehe.. 
Air tu deras mengalir.. I like it! <3


Mak, Aini, Nurul & Kak Ida :)
Ade kenduri kahwin kt belakang tuw.
Huhu. ;) 


Sesi baling-baling ayor.. Nie yg lemah nie..
Seluar basah lenjun suda..
Mereka berdua sengaja dengki mendengki youw!
Nak kasi seluar aini basah, so aini boleh join mereka..


Anak beranak. Tapi macam adik-beradik :)
Apelah yg di"gosip"kannye tuw..


Pasangan romantek selamanya :)
~" Emak & Abah. "~
I love both of you soO muchh! <3
p/s; Usia bukan penghalang tuk cintan-cintun okeyh!
setuju..??


Sila cari orang tersembunyi! 
Hoho,. Air dah mula deras..


Tudiaa, masih malu2 pengantin baru nie..
Hehee.. Terpaksa bergambor kerna dipaksa oleh 
photographer :)


Beng! Beng! Tembak Nurul. Dari tadi dok buat peace jerw.
Ish.. ;| 
Look at me, its COOL ryte..?! HAHA. :D


Sweet-sweet ajew mereka..
Cemburunye. Huhu..
Bila agaknya boleh aqu merasa seperti ini..?
Ouh! Lambat lagi youww! -__-"


Okeyh! Itu saje. Sampai sini jew corat-coret tuk entry kali nie.. ;) Tak tertaip dibuatnye. Banyak nak diceritakan :) Assalamualaikum dear's! :)



  
Posted by Unknown at 08:47 0 yg ikhlas komen =)

Friday, 21 December 2012

Tanda-tanda Anda Sudah Jatuh Cinta =D

http://matcuoi.com

Jatuh cinta adalah sesuatu perasaan yang amat indah dan sukar untuk digambarkan. Hanya yang pernah mengalamani atau sedang mengalami sahaja tahu bagaimanakah indahnya dan terseksanya apabila jatuh cinta.
Namun, kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari. Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya. Jika anda mengalami mana-mana simptom seperti di bawah, ini bermakna anda memang sedang jatuh cinta!



  • Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.


  • Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.


  • Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.


  • Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.


  • Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.


  • Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!
  

  • Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.


  • Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.


  • Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.


  • Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.


  • Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.

http://matcuoi.com
Terima Kasih :)




                                                                                                                                                   
Posted by Unknown at 03:30 2 yg ikhlas komen =)

Wednesday, 19 December 2012

Berakhirnya *final exam* YahoOo!!!


Assalamualaikum :)

See the title post. Mampu ketawa t'bahak-bahak sampai anak tekak rasa nk terkeluar. Ok bohong belaka! Alhamdulillah final exam utk sem 3 berakhir semalam tepat 12pm. Ini bermakna, semester 3 juga dah tamat. Dan akan melangkah ke semester 4 insyallah pada 17 JAN 2012. Tahun baru :) 

Selama 3minggu menahan rasa nak balik rumah. Perit! Ok, berlangsungnya cuti selama 1bulan. Bila sebut rase mcm lame, tp hakikatnye pejam celik pejam celik sekejap aje. Tak cukup. Dan tak akan pernah cukup lah bagi ku. Ngehehehe.. :D Yelaa, sem pjg nie penat sikit. 1st time sem pjg nie..

On the way balik rumah, kereta buat hal. Entah ape la masalahnye, ragam sane sini. Sangatlah bahaya. Tiba2 berhenti mengejut. Nasib baik kereta belakang sempat break. Driver lelaki dgn gf dye mungkin. Dah rasa mcm hero bidan terjun. Huuhu. Tak sangka baik sungguh hati budak lelaki tu. Semoga ALLAH s.w.t kurniakan rezeki yg melimpah ruah, dan memberkati hidupnya dunia akhirat. AMIN. :)










Posted by Unknown at 19:36 0 yg ikhlas komen =)

Sunday, 16 December 2012

~ Cerita disebaliknya selama ku menyepi....~



Hey, hey My Sweet Honey! Waah, dah terlalu lame aini xupdate blog nie. Kangen! Kangen! ;") Pasai pa??? Haaa, nie aini nk habaq. Tahap kemalasan aini nie berganda-ganda. Nak update, tp selalu buzy jew. Cewaah, buzy yg diSALAHkan. -,-

Mane tak nye, start bln 10 hingga awal bln 11 berguni-guni kerja menanti. Yolahh, my beloved sys kahwin. P'tengahan bln 11 pulak, ade test sane sini. Al-maklum lerr awal bln 12 dah final exam. Laa nie pun aini curik-curik mase cikit nk update blog. Last entry aini mase raya hari tu. Lama tak lama??? (xde lah lama sgt) ;P

Okey! Just a simple entry. Rushing nie.. Huk3. =D

11-11-2012 (AHAD)



Waktu; 10a.m 
Berlangsungnya akad nikah..
Dengan hanya sekali lafaz, my sys dah bergelar isteri kpd Abg khalil.
Yeay!!! Skg dah ade abg ipar.. :) 


Penyerahan mas kahwin..
Dan upacara batal air sembahyang :) 

My sys nampak mcm nervous sangat-sangat..
Erm 1st time kan, hehee. wink! wink! ;)
Anyway, you look so gorgeous! 
Totally pretty+sweet+cute girl.

Waktu; 2pm
Pengantin bersanding.. :)
" SELAMAT PENGANTIN BARU"
~Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat~
AMIN :)


Dan akhir sekali,.
~" May ALLAH s.w.t Bless you sys"~
Dengan harapan, semoga kakyong bahagia selalu hingga keakhir hayat bersama suami tercinta,, AMIN :)

Okeyh! Mase utk fikir pasal TEST & FINAL EXAM. 
 Huwaa, seramnye!! Grrr.. -,- Tension pun datang menghantui.. HOHO!


Test yg xpernah habis. 
Huuh, lepas test final exam pulok. 
Tension! Tension!


Nampak tak ape tuw? 
Ceteka! Ceteka!


Siling bilik rumah sewa suda bocor. 
Yang nie pun menambahkan tension jugak! 
Haiyaaaa...!!!


Bila siling dah bocor, ape lagi kan..
Ambil baldi utk tadah.
Tak cukup baldi, jug air kami sediakan :)
p/s; Bekas warna hitam tu bukan baldi taw, haha. 
Jangan salah sebut, yang tu tong sampah punya bekas. 
Harap Maklum :)


Okey, sekian terima kasih :)
Posted by Unknown at 04:29 0 yg ikhlas komen =)
Subscribe to: Posts (Atom)

*~Jom Kita Beramal~*

~*Jom tingkat trafik~*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*~gaDis bLOg~*

Photobucket

*~As a sTuDeNt~*

http://matcuoi.com
* Universiti Selangor Shah Alam(UNISEL) * Bachelor of Human Resource Management(Hons) * Semester 4(2nd year)

*~Pemilik Blog~*

A I N I

*~Famous Amos~*

  • Maksud disebalik nama,..
  • | Segmen Review Produk Maixara C-Essential (MCS)
  • In Love With Muslim Ahmad =)
  • cara menaikkan seri wajah
  • HUKUM PEMAKAIAN INAI

*~Jom iklan blog~*

*~In Love with Blog~*

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

*~bLOg ArChiVe~*

  • March (1)
  • September (1)
  • July (2)
  • May (1)
  • April (2)
  • March (1)
  • February (1)
  • January (7)
  • December (9)
  • October (1)
  • August (1)
  • July (5)
  • June (2)
  • May (1)
  • April (1)
  • March (4)
  • February (5)
  • January (6)
  • December (14)
  • November (21)
  • October (17)
  • September (6)
  • August (9)
  • July (11)
  • June (11)
  • May (13)
  • April (3)
[close]
Cute Cherry



Ai, takkan tengok je.:)

*~iNspiRasi~*

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    2 days ago
  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Izyan Masri
    IZYAN MASRI IS BACK !
    8 years ago
  • Amoi Heaxa
    I am a Mother Now!!!! :)
    11 years ago
  • Ini Kisah Tia

*~peNgikuT SeTia~*

Pemilik Blog Aini_Zaini. Powered by Blogger.