-->
 ♥~✿ κιƨαн Ɖι βℓσɢ Ǥα∂ιƨ Ɩиι ✿~♥

Rainbow =)

~*ASSALAMUALAIKUM :) Hye Pelawat Blog yang dikasihi sekalian, keep enjoy reading "MyDiariesOnline" Terima Kasih ;)*~

Alaaa, nak tekan pun malu-malu erk .. ;)

"Lulla Novella Disini !"

  • HOME :)
  • AMARAN utk SIGADIS !!!
  • Petua Tok Nenek Kita =D
  • TUTORIAL BERGUNA =)

Thursday, 27 December 2012

cara buat "BLUBERRY CHEESE TART"


Assalamualaikum...?

Pernah makan bluberry cheese tart @ bluberry cistat? Sedap hingga tak cukup jari nak jilat taw! 1st time aini rasa hari tu mase g "holy moly" kt Sg. Lobo Hulu Langat. Akak sedara aini buat. Ermm.. Dok ulang makan yg tu je laa.. Rasanya aini paling banyak makan tart tuw.! Gyler rakus. Kih3.


Itulah "bluberry cheese tart". 
Bluberry tu dye punya filling ok :)


Sediakan dulu bahan2 utk buat Shell atau crust dia dulu. Seperti dibawah;


Ini lah shell @ crust :)

 Bahan-bahan;
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising                                       
  • 1 biji telur Gred C (kalau guna telur gred B, buang sikit putih telur, utk elak crust jadi keras)
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart

Cara-cara; 
  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. (macam kat atas nie)
  • Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 
  • Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Sediakan filling yg kita suka. Tak kisah ape-ape aje;
  • Blueberry
  • Strawberry 
  • Coklat
  • Jem nenas

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. (macam gambar dibawah)


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita.
Dah siap, ketepikan.

Sediakan bahan-bahan utk buat cheese pula. Cheese yg dimaksudkan ialah yg warna putih tu pada bluberry cheese tart tuw okey. Sedap tuw!

Bahan-bahan;
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. 
  2. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  5. Dah siap,masukkan filling ke dalam kulit tart. 
  6. Gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. 
  7. Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. 
  8. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. (tengok gambar dibawah)


Proses tuk melorek atas cheese tart;
  1. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. 
  2. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. 
  3. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. 
  4. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia mula mengering.

Cara-cara nak lorek;

  1. Gunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tuw ikut citarasa sendiri lah, lagi banyak lagi cantik.
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut. (macam gambar dibawah)



Kalau dah siap, bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

p/s; Simpan cheese tart dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama. SELAMAT MENCUBA :)  

credit to; masam manis :)




Posted by Unknown at 20:15

0 yg ikhlas komen =):

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

*~Jom Kita Beramal~*

~*Jom tingkat trafik~*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*~gaDis bLOg~*

Photobucket

*~As a sTuDeNt~*

http://matcuoi.com
* Universiti Selangor Shah Alam(UNISEL) * Bachelor of Human Resource Management(Hons) * Semester 4(2nd year)

*~Pemilik Blog~*

A I N I

*~Famous Amos~*

  • Maksud disebalik nama,..
  • | Segmen Review Produk Maixara C-Essential (MCS)
  • In Love With Muslim Ahmad =)
  • cara menaikkan seri wajah
  • HUKUM PEMAKAIAN INAI

*~Jom iklan blog~*

*~In Love with Blog~*

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

*~bLOg ArChiVe~*

  • March (1)
  • September (1)
  • July (2)
  • May (1)
  • April (2)
  • March (1)
  • February (1)
  • January (7)
  • December (9)
  • October (1)
  • August (1)
  • July (5)
  • June (2)
  • May (1)
  • April (1)
  • March (4)
  • February (5)
  • January (6)
  • December (14)
  • November (21)
  • October (17)
  • September (6)
  • August (9)
  • July (11)
  • June (11)
  • May (13)
  • April (3)
[close]
Cute Cherry



Ai, takkan tengok je.:)

*~iNspiRasi~*

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    2 days ago
  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Izyan Masri
    IZYAN MASRI IS BACK !
    8 years ago
  • Amoi Heaxa
    I am a Mother Now!!!! :)
    11 years ago
  • Ini Kisah Tia

*~peNgikuT SeTia~*

Pemilik Blog Aini_Zaini. Powered by Blogger.