ASSALAMUALAIKUM....
Terasa berkobar-kobar nak buat entry nie. Entry ni dipost atas rasa marah, geram, bengang..!!! Walaupun entry ni mustahil utk si dye bace, tapi at least perasaan marah, geram, & bengang tu terluah jugak.. Aku bukan nak menyibok jage tepi kain org atau bersidai tepi kain org, tapi aku sbg saudara sesama islam, aku rasa terpanggil utk memberi pandangan.
Sorry to say kpd peminat-peminat Nabila Huda Suhaimi, kisah artis sorang ni asyik terpalit unsur negatif je kan, korang perasan tak? Tak tahu lah dimana silapnye, tak kan nak salahkan takdir semata-mata?? Yess! Kita tak boleh ubah takdir hidup kita. Kalau sebelum ni boleh dimaafkan, tapi utk kali ke-2..?
Baru-baru ini rakyat malaysia dikejutkan dgn isu penyebaran gambar bercium Nabila Huda dgn seorang lelaki yg mungkin teman lelaki @ kawan. Walhal, tak sampai sebulan dye bercerai dgn suaminya. Huuh, mmg panas! Sedarlah, awak tu org islam, ada keluarga, ada mak & ayah. Cukupkah dgn hanya sekadar meminta maaf kpd mereka? Tak sedarkah kamu telah memalitkan arang dimuka mereka? Ayah kamu seorang artis & rockers terkenal, satu malaysia kenal.. Hati & perasaan ayah, walau marah dan malu sekalipun, pasti tak ditunjuk.
Lastly awok yg malu, sbb awok popular, org kenai awok.. teman lelaki tu,,???
p/s ; Orang sekeliling pasti membuat andaian "bagaiman acu, begitulah jadinya". "Kemana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi". Siapa dipersalahkan? Siapa dimalukan?
Maklum Balas oleh Nabila Huda kpd GALAKSI:
“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi.
“Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.
“Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.
“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan. -Gua
"Tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang" Haah..?? Wajarkah dye cakap mcm tu? Kenapa tak fikir baik-baik sebelum buat? OK, kalau dye boleh berkata begitu, kita juga boleh persoalkan, "tak baik conteng arang kat muka mak & ayah." Astaghfirullahalazim...
Bukan Aini nak cakap Aini terlalu sempurna utk menilai orang, tapi kita ada akal yg dikurniakan oleh-NYA, kenapa tak digunakan sebaik-baiknya..?? Aini bukan cakap Aini sempurna segala segi, tak pernah buat kesilapan, i'm the perfect one. TAK..!!! Dalam dunia ni tak ade seorang pun yg sempurna selain diri-NYA...
p/s ; Ini mungkin hanya pandangan Aini, kalau sesiapa yg tak puas hati sbb Aini kritik artis kesayangan dye, Aini susun sepuluh jari minta maaf.
Salam,
Aini...