-->
 ♥~✿ κιƨαн Ɖι βℓσɢ Ǥα∂ιƨ Ɩиι ✿~♥

Rainbow =)

~*ASSALAMUALAIKUM :) Hye Pelawat Blog yang dikasihi sekalian, keep enjoy reading "MyDiariesOnline" Terima Kasih ;)*~

Alaaa, nak tekan pun malu-malu erk .. ;)

"Lulla Novella Disini !"

  • HOME :)
  • AMARAN utk SIGADIS !!!
  • Petua Tok Nenek Kita =D
  • TUTORIAL BERGUNA =)

Sunday, 27 January 2013

Ibu..! Ibu..!



Assalamualaikum... :)

~> Hospital Taiping, Perak.
~> 24/Jan/2013

Aini duduk dikerusi rehat yg disediakan disekitar wad 18. Dengar bunyi bising-bising macam org tengah mengajar, bagi ceramah. Tapi aini tak ambil peduli sebab aini tak tahu wad ape yg berhadapan dgn aini masa tu.

Aini cerita pada emak, dan bila mak bagitahu yg tu wad org perempuan sakit mental baru aini tersedar. Patut laa... Dan mula terfikir, hurmm yg suara tengah mengajar tadi mesti teringin nak jadi cikgu, takpun dah jadi cikgu tapi sebab tekanan@stress yg melampau so terbawak-bawak. Kuat suaranya macam guna mic. 

Siap ada yg nyanyi lagu apo kono ejang. Macam tak percaya jee.. Tapi tu lah hakikatnya.. Mereka juga punya perasaan. Rasa simpati menguasai. Dan terfikir kalau 1 hari nanti aku adalah salah seorang penghuninya,  lalui apa yg mereka lalui, masih ada ke org nak mengaku kenal, pernah jadi kawan, ada ke org nk dtg melawat.. YA-ALLAH, simpang malaikat 44. Minta jauh. AMIN.

# Tension belajar @ over belajar pun boleh jadi penyebab tau.


~> 25/Jan/2013

Sedang aini, emak & mak sedara berjalan menuju ke wad 18 dimana wad pesakit lelaki ditempatkan utk melawat tokwan (ayah emak aini), tiba-tiba....

Ibu..! Ibu..! 

Panggilan ibu yg kedua kali semakin kuat. Tersentap tangkai hati aini tatkala mendengar sahutan suara itu. Walaupun aini belum pernah lagi pegang jawatan sebagai seorang ibu secara rasmi, tapi naluri keibuan tu tetap ada. Kalau aini terasa dgn panggilan itu, apetah lagi emak aini yg dah bergelar seorang ibu. Biarpun tak nampak wajah, tapi bila diamati suara itu, aini tahu suara org muda. Mungkin belasan tahun @ 20an. YA ALLAH, hanya DIA yg tahu perasaan aini pada waktu tu. Nak menangis semahu-mahunya..

Mereka tak macam kita yg normal nie. Tapi mereka juga ade perasaan sebab mereka juga manusia sama seperti kita. Cuma bezanya mereka tidak berapa sihat. Maksud aini mereka ada masalah dari segi mental. Bayangkanlah, mereka yg macam tu pun boleh panggil ibu..! Ibu..! Tapi kita yg sihat walafiat nie??? Caci, maki-hamun ibu kandung sendiri. YA-ALLAH, minta dijauhkan perkara sebegitu.

Mereka perasan kami melalui wad mereka dicelah tingkap. Tapi aini tak perasan dan tak nampak wajah mereka. Teringin saja nak lihat wajah si pemanggil itu. Kali pertama si pemanggil menjerit memanggil ibu. Dan dia berbisik dgn kawannya, eh ibu la. Dan kali kedua dia menjerit memanggil ibu. Aini dan emak hanya tersenyum. Sayunya hati waktu itu. Bermula dari itu, aini tersedar, dan rasa teringin sangat nak jadi doktor mereka. Nak rawat mereka, nak selami hati mereka, nak rasa ape yg mereka rasa. 

Tak pernah terlintas seumur hidup aini nak jadi doktor, tapi dgn sekelip mata rasa menyesal kerana tak minat lgsg bidang tu. Walhal, aini tahu, tak mungkin sama sekali aini jadi doktor, pharmacist, pembantu doktor, jururawat @ ape saja bidang berkaitan perubatan. Tapi rasa bangga kerana pernah jadi pembantu doktor di klinik, sementara tunggu utk further studies. (at least, tau juga ubat-ubat di klinik).

~> 7.05PM

Dicelah tingkap wad tersebut, aini nampak seorang lelaki dlm lingkungan umur 40an ke 50an, sedang mendirikan solat. Aini terkejut. Berfikir dan berfikir, walaupun keadaan mereka macam tu, tapi mereka ingat suruhanNYA. Tak sangka. Aini kerling jam ditangan, 7.10PM, tersenyum sorang2. Hehee. Pun bolehh.. 3minit selepas tu, pakcik tadi selesai bersolat. Dia datang ke tingkap jejaring. Bersenam la pulak. Tapi tangannya menggeletar. Dan datang kawannya turut sama mengintai dicelah tingkap. Entah apa perbualan mereka..
Ayah aini bergurau:

" Haa, pakcik tu mengadu kat kawan dia budak ni la yg gelakkan aku masa solat tadi. Pandang-pandang aku.."

Aini tergelak bila ayah aini cakap macam tu. Dan mereka pun beredar.. Tak lama selepas tu, aini nampak budak muda berlari keliling dlm wad macam pemain bola yg tengah training bola. Dan ade seorang pakcik turut serta. Tengok gaya macam pakcik yg solat tadi. Aini nak tergelak, tapi tahan je. Tak baikkan gelak mereka. Tapi lebih kpd rasa terhibur dgn telatah mereka.. Bahagianya mereka, ape la agaknya yg mereka rasa kan...

Alhamdulillah tokwan aini dah keluar hospital hari sabtu (26/Jan/2013). Belum sembuh sepenuhnya. Tokwan dimasukkan ke hospital kerana saluran pemakanan pecah. Tokwan kena apendiks. Terkejut masa dapat berita dari akak aini, waktu tu aini kat Shah Alam. Khamis tengah hari kami pulang ke kampung di Perak. Tokwan aini nie macam org tak sakit. Laju je dia berjalan kesana kemari. Yang kami nie risau jahitan tu terbuka. Dia apede kesah. Masa sampai nak melwat, tengok2 beg dah ade atas katil wad. Aik, nurse tak call pun kata boleh keluar. Memang tak boleh keluar pun lagi. Esoknya baru boleh. Haiii,, tokwan, tokwan.. ;")



Posted by Unknown at 21:45 0 yg ikhlas komen =)

Sunday, 13 January 2013

**~Setia Hujung Nyawa~**

 
 
 
 
Haaa!!! Siapa layan Slot Akasia TV3 "Setia Hujung Nyawa"..??? Tercicor la sape yg tak layan tuw. Cerita tu tengah hangat ditayangkan di TV3 mulai 24 Disember 2012, jam 7pm-8pm.(confirm solat maghrib ku lambat). Cerita nie kalau tengok sesorang boleh giler taw. Mane taknya tersenyum, tersengih sesorang. Alaahaaiii romantik kot. Mane tak macam kerang busuk. Kalau tengok dgn family muka mesti cover giler. Cover tahan nak tergelak.

Aini baru je minggu lepas serius layan cerita nie. Bila dah agak2 citer tu nak start, aini pun masuk bilik, tengok dlm bilik. Privasi ciket. Kih3. Padahal sonang nanti kalau ado adegan2 yg boleh buat ekau golak jo memanjong. Aini ade 1 tabiat kalau ade something yg memang lawak, aini tak boleh nk stop gelak. Tak tahu la pasai pa.

Diadaptasi dari "Novel Setia Hujung Nyawa" karya Fatin Nabila. Watak utamanya ialah Ersalina & Zain. So sweet mereka!!!


 

*Sweet*

 
Antara babak-babak...

 

Mereka nie nakal tau. ;)

Sekian. =)
 
# Teringat masa lecture time semester 3 lepas, subjek Bisness Communication. Ade junior tu kena speak in front of other students, dye citer pasal online shopping. Tahu zalora tu hape??? Tahu kan,,kan.. That girl salah sebut "arora" padahal zalora. Mahu aini tak gelak sakan. Adoiii.. Kesian dye, tapi aini tak boleh kawal. Mungkin dye gementar kan.






Posted by Unknown at 06:28 0 yg ikhlas komen =)

Monday, 7 January 2013

HUKUM PEMAKAIAN INAI



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-88 yang bersidang pada 2 oktober 2009 telah membincangkan "Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak". Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau @ belum selagi tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun kadar pemakaian inai di kedua-dua belah tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan & buku lali sahaja.
  3. Warna yg digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu, dan mengandungi sebarang unsur yg meragukan.
  4. Mengenai corak @ ukiran yg digunakan pula, corak @ ukiran daun & tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa, ajaran atau apa-apa jua gambaran yg bertentangan dgn syarak adalah dilarang.
  5. Pemakaian inai pada kedua tangan & kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan atau utk tujuan perubatan.
*** Jom tengok retis-retis pakai inai



- Serius lawa inai CT.
- Nampak lembut je coraknya (selembut tuannya)


- Cantik
- Tapi inai dijari pudar, tak senada dgn inai henna.
- Senyum ada makna tuw.. ;]


- Corak ape nie?
- Nampak agak brutal sikit
- Tengok tang jari tu da mcm kena gigit semut jow..
(geli youws!)


- Haa, yg nie cantik.
- Corak bunga-bungaan
- Terselah keayuan dihari bahagia youws! ;)


- Yg nie pun ok.
- Simple ajew. :)


- Lawa jugak.
- Bunga-bungaan. Besar pulaks bunganya yaa.. ;P


- Kalau yg nie tak tahu nk cakap laa.
- Tengok pun da rase mcm lipan menjalar ditangan.
- Ohhh! Geli yeeuwwss. ;X


- Yg nie mmg superb!
- Superb messy.
- Gilow's nk pakai camni.
- Ergghh! Mmg tak laa.. ;O



- Cuba teka tangan nie milik siapa?
- Milik Ustaz Don laa (dah nie isteri dia(husna))
- Eyh,,eyh,, husna pun pakai inai henna :)











Posted by Unknown at 16:46 5 yg ikhlas komen =)

Saturday, 5 January 2013

ATM juara Piala Sumbangsih 2013



Alhamdulillah. :) Tahniah diucapkan kpd Pasukan ATM.  
Mampu tersenyum senyum lebar sampai tak boleh nak totop mulut dah.. =D 
I'm so so so happy. Ouh i'm falling IN LOVE with this situation youws! ATM juara! Selama 90minit perlawanan diantara ATM & Kelantan terhasil lah jaringan ATM 1-1 Kelantan. Seri kan? kan? Sepakan penalti menanti. 

Alhamdulillah...
ATM 4-3 Kelantan melalui penentuan sepakan penalti.
Ok lah tu boh.. Selalu asyik Kelantan jerw menang, kasi lah chance pasukan laen pulok.. Minit-minit terakhir perlawanan 90minit tuw kn, aini tengok pasukan Kelantan nampak da yakin sesangat2 yg demo boleh mene. Lastly, hah! Senyap suda boh. Hoho.. Sorry to kecek. :P


Ok sekali lagi tahniah buat ATM. :) Lot's of LOVE <3 <3 <3
Ohh, pada my syggg! ATM menang!! Tido lena diulit mimpi










Posted by Unknown at 07:26 0 yg ikhlas komen =)

Piala Sumbangsih: ATM lwn KELATAN




HAII kamu :) Iyee kamu la! Ok tak berapa minit je lagi yg tinggal. Malam nie berentapnya ATM vs KELANTAN. Tak sabar nak tengok youws. Yess! Aini akui aini memang gyler bola. Tapi sygnye bola dlm MALAYSIA je laa, luar negara, piala inggeris tu sorry tu say. Jus a lil bit :)

Sebelum nie dlm perlawanan ape ea (lupe laa) ATM vs KELANTAN jgk, tapi syg! sejuta kali syg! Takde rezeki utk ATM. Dan kemenangan berpihak pada KELANTAN.. Rase agaks kecewa, mcm nak nangis. JUJUR! Macam aini pulak yg lawan.. Kenapa aini beriya-riya sokong ATM sampai nak nangis bagai..??? Hahaa. Soalan cepuberlian!! 

Mesti la sokong ATM, dah abg syg ATM :) Ohh laa..laa.. =D Itu antara sebabnya. Kena la bagi sokongan padu kan..kan.. Ok TUTUP. Kalau tak dibimbing ke jalan benar, mudah la utk kuw merapu dan makin merapu hingga lari dari tajuk diatas. 

Hopefully malam nie ATM menang. Biarlah rembat gol banyak-banyak. Tebus kekecewaan pada perlawanan sebelum nie ok. Bukan senang nk kalahkan KELANTAN,.Boleh tahan gak tuw. Tapi, menang kalah adat pertandingan. Aini kena positif gaks.(depan tv +ve, masuk bilik mula la rase nak sebak dgn rembesan airmata air)

p/s; Pada yg minat bola, jom! jom! tengok jgn tak tengok. Sokong ATM taw sygs! Dapat gula-gula ;)  

Piala Sumbangsih : ATM lwn KELANTAN
        : 8.45PM
                                             : STADIUM SHAH ALAM, SELANGOR.


Go ATM Go!!!
*Maskot ATM = Gladiator* (taktau gladiator tu hape).




Posted by Unknown at 04:52 0 yg ikhlas komen =)

Friday, 4 January 2013

Rahsia kuruskan badan tanpa senaman



(sorry, entry nie bukan nak hentam tentam org, just a information dear. Be positif ok.) 


Soalan: Wajib ke kita kuruskan badan?

Jawapan: WAJIB!!!

Yee betul, sebabnye kuruskan badan nie berkait rapat dgn kehidupan & kesihatan anda. FAKTA! Tiada ape yg lebih penting selain daripada mendapat kesihatan yg baik. Kaya la camna pun kalau tak sihat tidak okey juga kan? kan? Sila setuju cepat!!! 

Soalan: Kenapa wajib?

Jawapan: Seperti yg kita tahu, badan yg obes akan membawa banyak penyakit. Cth: kencing manis, darah tinggi, diabetis, dan sakit jantung. Semua penyakit ni boleh bawa maut. Yea, aini tahu ajal maut ditangan tuhan, tapi apalah salahnya kita mencegahnya bukan? Anyway, pilihan ditangan anda :) 


Yg sebenar-benarnya lah kan, senaman paling seronok pernah kita buat adalah masa kita sekolah dolu2. Kita dok tunggu la time hari pendidikan jasmani (yg selalunya jatuh pada hari khamis, sekolah aini), time nie mmg happy giler youws. Tapi bila makin dewasa, makin malas, makin tak semangat, makin segala macam makin. Yg makin nie la yg buat kita lagi bertambah2 makin besar, makin tembam, makin penat, makin lama obes. 

Soalan: Boleh ke nak kurus tapi taknak bersenam?

Jawapan: Yea boleh sayang. Tapi kena kawal kuantiti makanan yg masuk dlm mulut kita. Badan akan lebih kurus tapi ambil masa yg lama berbanding kalau kita bersenam setiap hari.
Kalau diet sajew, mungkin kita akan kurus 5kg dlm 1bln. Tapi, kalau kita bersenam, 10kg dlm tangan taw...

Logiknya, badan boleh kurus tanpa senaman :)

Ok, tenkiu kerana sudi baca informasi yg tak la sehebat mana pun kan... kan... ;)



Posted by Unknown at 09:23 0 yg ikhlas komen =)

Tuesday, 1 January 2013

Kelebihan "WANITA"


 
 
Kita wanita kan? Ape perasaan anda menjadi seorang wanita? Kita haruslah bersyukur kerna kita dilahirkan sebagai seorang perempuan, wanita, gadis. Jangan sesekali pernah menyimpan niat utk mengubah ciptaan ALLAH s.w.t
Sesungguhnya, setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.
 
  1. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Setiap wanita yg telah berkahwin perlu meminta izin suaminya jika hendak keluar, tetapi lelaki tidak perlu.
  3. Saksi bagi wanita yg hendak berkahwin adalah kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima harta pusaka kurang berbanding lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung & melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  7. Talak terletak ditangan suami bukan isteri.
  8. Wanita kurang beribadat kerana masalah haid & nifas yg tak ada pada semua lelaki.

Perkara-perkara diatas jika dibaca secara kasar menggambarkan menjadi seorang wanita adalah sukar, banyak pantang larang, dll. Tapi, pernahkah kita fikir akan sebaliknya?
  • Benda yg mahal harganya akan dijaga, dibelai & disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sana sini kan? Begitulah juga dengan wanita.
  • Wanita perlu taat pada suami, tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3kali lebih utama berbanding bapanya. Ibu kan seorang wanita :)
  • Wanita menerima harta pusaka kurang berbanding lelaki, tapi harta itu menjadi milik peribadinya & tak perlu diserahkan pada suaminya. Manakala lelaki yg menerima pusaka perlu menggunakannya utk menyara isteri & juga anak-anaknya.
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung & melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh haiwan, malaikat & seluruh makhluk ALLAH s.w.t dimuka bumi ini & matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosa kecilnya diampunkan ALLAH s.w.t.
  • Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu ibunya, isterinya, anak perempuannya & saudara perempuannya. Wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya & saudara lelakinya.
  • Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu syurga yg dikehendakinya cukup dgn 4 syarat saja. Sembahyang 5 waktu, puasa dibulan ramadhan, taat pada suaminya & menjaga kehormatannya.
  • Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kpd ALLAH s.w.t akan turut menerima pahala spt pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH, sayangnya ALLAH s.w.t pada wanita :)
Sekian, tenkiu kerana sudi baca.
 
 






Posted by Unknown at 09:05 2 yg ikhlas komen =)
Subscribe to: Posts (Atom)

*~Jom Kita Beramal~*

~*Jom tingkat trafik~*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*~gaDis bLOg~*

Photobucket

*~As a sTuDeNt~*

http://matcuoi.com
* Universiti Selangor Shah Alam(UNISEL) * Bachelor of Human Resource Management(Hons) * Semester 4(2nd year)

*~Pemilik Blog~*

A I N I

*~Famous Amos~*

  • Maksud disebalik nama,..
  • | Segmen Review Produk Maixara C-Essential (MCS)
  • In Love With Muslim Ahmad =)
  • cara menaikkan seri wajah
  • HUKUM PEMAKAIAN INAI

*~Jom iklan blog~*

*~In Love with Blog~*

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

*~bLOg ArChiVe~*

  • March (1)
  • September (1)
  • July (2)
  • May (1)
  • April (2)
  • March (1)
  • February (1)
  • January (7)
  • December (9)
  • October (1)
  • August (1)
  • July (5)
  • June (2)
  • May (1)
  • April (1)
  • March (4)
  • February (5)
  • January (6)
  • December (14)
  • November (21)
  • October (17)
  • September (6)
  • August (9)
  • July (11)
  • June (11)
  • May (13)
  • April (3)
[close]
Cute Cherry



Ai, takkan tengok je.:)

*~iNspiRasi~*

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    2 days ago
  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Izyan Masri
    IZYAN MASRI IS BACK !
    8 years ago
  • Amoi Heaxa
    I am a Mother Now!!!! :)
    11 years ago
  • Ini Kisah Tia

*~peNgikuT SeTia~*

Pemilik Blog Aini_Zaini. Powered by Blogger.