Salam Jumaat. Hari jumaat pun dah nak habis :) Ok, seperti biasa, hari ni Aini kerja shift pagi(8.30am-4.30pm). Aini sampai klinik dlm pukul 8.25am, buka klinik, topup ubat, and sediakan equipment utk doctor sblm doc sampai. Ye, lately doc lambat sampai, mungkin jalan jammed.
Erk terus pada tujuan cerita yee. Hari ni hari jumaat! Mention lg, hari ni hari jumaat! Ada apa dgn hari jumaat? Benda ni sangat2 sinonim dgn hari jumaat. Khususnya utk org lelaki. Haaa? Dapat point tak? Ok tak dapat. Hari jumaat kaum lelaki wajib sembahyang jumaat. Kan? Betul tak? Setuju? OK!
~ >12.30 PM Sekumpulan pekerja office area Solaris Dutamas yg boleh dipanggil pakcik2 (sbb semua dah tua), susun kerusi2 kat kedai mamak, (lunch time) nk gabungkan meja utk 20 org duduk.
~ > 12.45PM : Aini sembang la dgn akak 1 tempat kerja Aini, Aini tanye la akak tu, eh pakcik2 ni tak balik ke, sembahyang jumaat. Dlm hati, Aini fikir positif, ouh mungkin awal lg kot..
~ > 1.15 PM : Dari dlm bilik dispensary, terdengar sekumpulan manusia tergelak terbahak-bahak. Mcm nk terkeluar anak tekak. Astaghfirullahalazim.. Ape yg kelakar? Kenapa gelak sampai mcm tu sekali? Hormat lah sikit, tak hormat org, hormat lah masjid yg berdekatan.Tak lain tak bukan ni mesti pakcik2 td. . Bila keluar dari bilik dispensary, erm tekaan Aini tepat. Pakcik2 td tak berganjak dari tempat duduk masing2, seolah-olah bontot mereka bagai DIGAM! Memang takde tanda2 nak blah pun. Aik, tak sembahyang jumaat ke pakcik2 ni oiit. Agak laa sikit..
~ > 1.45 PM:Erm dah agak dah, mmg tak pergi la jawabnye. Lebih 20 org lelaki yg layak digelar pakcik, datuk, tak ke masjid? Menakjubkan! Memang langsung tak dengar laungan azan ke? padahal Masjid Wilayah dekat je. Memang terlupa hari ni hari jumaat ke? Cuti tak lupa pulak? Mesyuarat tu lg penting dari solat ke? Tak boleh ke tunggu lepas sembahyang jumaat? Atau mungkin ada masalah peribadi...? Nauzubillah. Aini taknak berprasangka negatif, tp entah laaa... Mereka sendiri yg tunjuk contoh yg tak baik. Kalau tak pergi sembahyang jumaat sekalipun, hormat lah, jgn lah gelak terbahak-bahak, ketawa sampai tak ingat dunia, ingat kata ini " Rumah kata pergi, kubur kata mari..."
p/s : Aini pun bukanlah baik sgt, Aini pun banyak kurangnya.. Tp kalau tak baik, jgn lah tunjuk sangat diri tu tak baik. Fikir-fikirkan laa..
0 yg ikhlas komen =):
Post a Comment