Kita wanita kan? Ape perasaan anda menjadi seorang wanita? Kita haruslah bersyukur kerna kita dilahirkan sebagai seorang perempuan, wanita, gadis. Jangan sesekali pernah menyimpan niat utk mengubah ciptaan ALLAH s.w.t
Sesungguhnya, setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.
- Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Setiap wanita yg telah berkahwin perlu meminta izin suaminya jika hendak keluar, tetapi lelaki tidak perlu.
- Saksi bagi wanita yg hendak berkahwin adalah kurang berbanding lelaki.
- Wanita menerima harta pusaka kurang berbanding lelaki.
- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung & melahirkan anak.
- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak ditangan suami bukan isteri.
- Wanita kurang beribadat kerana masalah haid & nifas yg tak ada pada semua lelaki.
Perkara-perkara diatas jika dibaca secara kasar menggambarkan menjadi seorang wanita adalah sukar, banyak pantang larang, dll. Tapi, pernahkah kita fikir akan sebaliknya?
- Benda yg mahal harganya akan dijaga, dibelai & disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sana sini kan? Begitulah juga dengan wanita.
- Wanita perlu taat pada suami, tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3kali lebih utama berbanding bapanya. Ibu kan seorang wanita :)
- Wanita menerima harta pusaka kurang berbanding lelaki, tapi harta itu menjadi milik peribadinya & tak perlu diserahkan pada suaminya. Manakala lelaki yg menerima pusaka perlu menggunakannya utk menyara isteri & juga anak-anaknya.
- Wanita perlu bersusah payah mengandung & melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh haiwan, malaikat & seluruh makhluk ALLAH s.w.t dimuka bumi ini & matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosa kecilnya diampunkan ALLAH s.w.t.
- Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu ibunya, isterinya, anak perempuannya & saudara perempuannya. Wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya & saudara lelakinya.
- Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu syurga yg dikehendakinya cukup dgn 4 syarat saja. Sembahyang 5 waktu, puasa dibulan ramadhan, taat pada suaminya & menjaga kehormatannya.
- Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kpd ALLAH s.w.t akan turut menerima pahala spt pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Sekian, tenkiu kerana sudi baca.
2 yg ikhlas komen =):
best apa jadi wanita kan..ada banyak kelebihan..yang penting kena pandai jaga diri.. :)
betul3.. kena pandai jaga diri :)
Post a Comment