Assalamualaikum... :)
~> Hospital Taiping, Perak.
~> 24/Jan/2013
Aini duduk dikerusi rehat yg disediakan disekitar wad 18. Dengar bunyi bising-bising macam org tengah mengajar, bagi ceramah. Tapi aini tak ambil peduli sebab aini tak tahu wad ape yg berhadapan dgn aini masa tu.
Aini cerita pada emak, dan bila mak bagitahu yg tu wad org perempuan sakit mental baru aini tersedar. Patut laa... Dan mula terfikir, hurmm yg suara tengah mengajar tadi mesti teringin nak jadi cikgu, takpun dah jadi cikgu tapi sebab tekanan@stress yg melampau so terbawak-bawak. Kuat suaranya macam guna mic.
Siap ada yg nyanyi lagu apo kono ejang. Macam tak percaya jee.. Tapi tu lah hakikatnya.. Mereka juga punya perasaan. Rasa simpati menguasai. Dan terfikir kalau 1 hari nanti aku adalah salah seorang penghuninya, lalui apa yg mereka lalui, masih ada ke org nak mengaku kenal, pernah jadi kawan, ada ke org nk dtg melawat.. YA-ALLAH, simpang malaikat 44. Minta jauh. AMIN.
# Tension belajar @ over belajar pun boleh jadi penyebab tau.
~> 25/Jan/2013
Sedang aini, emak & mak sedara berjalan menuju ke wad 18 dimana wad pesakit lelaki ditempatkan utk melawat tokwan (ayah emak aini), tiba-tiba....
Ibu..! Ibu..!
Panggilan ibu yg kedua kali semakin kuat. Tersentap tangkai hati aini tatkala mendengar sahutan suara itu. Walaupun aini belum pernah lagi pegang jawatan sebagai seorang ibu secara rasmi, tapi naluri keibuan tu tetap ada. Kalau aini terasa dgn panggilan itu, apetah lagi emak aini yg dah bergelar seorang ibu. Biarpun tak nampak wajah, tapi bila diamati suara itu, aini tahu suara org muda. Mungkin belasan tahun @ 20an. YA ALLAH, hanya DIA yg tahu perasaan aini pada waktu tu. Nak menangis semahu-mahunya..
Mereka tak macam kita yg normal nie. Tapi mereka juga ade perasaan sebab mereka juga manusia sama seperti kita. Cuma bezanya mereka tidak berapa sihat. Maksud aini mereka ada masalah dari segi mental. Bayangkanlah, mereka yg macam tu pun boleh panggil ibu..! Ibu..! Tapi kita yg sihat walafiat nie??? Caci, maki-hamun ibu kandung sendiri. YA-ALLAH, minta dijauhkan perkara sebegitu.
Mereka perasan kami melalui wad mereka dicelah tingkap. Tapi aini tak perasan dan tak nampak wajah mereka. Teringin saja nak lihat wajah si pemanggil itu. Kali pertama si pemanggil menjerit memanggil ibu. Dan dia berbisik dgn kawannya, eh ibu la. Dan kali kedua dia menjerit memanggil ibu. Aini dan emak hanya tersenyum. Sayunya hati waktu itu. Bermula dari itu, aini tersedar, dan rasa teringin sangat nak jadi doktor mereka. Nak rawat mereka, nak selami hati mereka, nak rasa ape yg mereka rasa.
Tak pernah terlintas seumur hidup aini nak jadi doktor, tapi dgn sekelip mata rasa menyesal kerana tak minat lgsg bidang tu. Walhal, aini tahu, tak mungkin sama sekali aini jadi doktor, pharmacist, pembantu doktor, jururawat @ ape saja bidang berkaitan perubatan. Tapi rasa bangga kerana pernah jadi pembantu doktor di klinik, sementara tunggu utk further studies. (at least, tau juga ubat-ubat di klinik).
~> 7.05PM
Dicelah tingkap wad tersebut, aini nampak seorang lelaki dlm lingkungan umur 40an ke 50an, sedang mendirikan solat. Aini terkejut. Berfikir dan berfikir, walaupun keadaan mereka macam tu, tapi mereka ingat suruhanNYA. Tak sangka. Aini kerling jam ditangan, 7.10PM, tersenyum sorang2. Hehee. Pun bolehh.. 3minit selepas tu, pakcik tadi selesai bersolat. Dia datang ke tingkap jejaring. Bersenam la pulak. Tapi tangannya menggeletar. Dan datang kawannya turut sama mengintai dicelah tingkap. Entah apa perbualan mereka..
Ayah aini bergurau:
" Haa, pakcik tu mengadu kat kawan dia budak ni la yg gelakkan aku masa solat tadi. Pandang-pandang aku.."
Aini tergelak bila ayah aini cakap macam tu. Dan mereka pun beredar.. Tak lama selepas tu, aini nampak budak muda berlari keliling dlm wad macam pemain bola yg tengah training bola. Dan ade seorang pakcik turut serta. Tengok gaya macam pakcik yg solat tadi. Aini nak tergelak, tapi tahan je. Tak baikkan gelak mereka. Tapi lebih kpd rasa terhibur dgn telatah mereka.. Bahagianya mereka, ape la agaknya yg mereka rasa kan...
Alhamdulillah tokwan aini dah keluar hospital hari sabtu (26/Jan/2013). Belum sembuh sepenuhnya. Tokwan dimasukkan ke hospital kerana saluran pemakanan pecah. Tokwan kena apendiks. Terkejut masa dapat berita dari akak aini, waktu tu aini kat Shah Alam. Khamis tengah hari kami pulang ke kampung di Perak. Tokwan aini nie macam org tak sakit. Laju je dia berjalan kesana kemari. Yang kami nie risau jahitan tu terbuka. Dia apede kesah. Masa sampai nak melwat, tengok2 beg dah ade atas katil wad. Aik, nurse tak call pun kata boleh keluar. Memang tak boleh keluar pun lagi. Esoknya baru boleh. Haiii,, tokwan, tokwan.. ;")
0 yg ikhlas komen =):
Post a Comment